Wednesday 9 March 2011





TAJUK : TOKOH IMAM DI KAMPUNG SAYA
DISEDIAKAN OLEH : WAN PUTRI NABILA BINTI WAN MUKHTAR
2010832916
BMB2Bb
DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 551
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN PERNIAGAAN
(KEWANGAN)  (BM 222)
TARIKH SERAHAN : 09 MAC 2011
                                    





ISI KANDUNGAN
NO.
BUTIRAN
M/S
1.
ISI KANDUNGAN
1.
2.
ABSTRAK
2.
3.
PENDAHULUAN
3.
4.
KONSEP
4 – 6
5.
HURAIAN : PENGALAMAN
7 – 8
6.
MASALAH & PENYELESAIAN
9 – 10
7.
CADANGAN
11.
8.
HARAPAN
12.
9.
PENUTUP
13
10.
RUJUKAN
14.



                            1.


ABSTRAK
Imam merupakan seorang umat islam, lelaki dan mencapai akil baligh serta tidak gila yang telah dipilih dan dilantik oleh orang ramai untuk mengetuai umat islam menunaikan rukun islam iaitu menunaikan solat. Setiap masjid atau surau mahupun institusi – institusi keagamaan memerlukan imam yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan rumah Allah SWT itu berfungsi bersesuaian degan peranan masjid, surau dan institusi keagamaan sebagai tempat umat islam menunaikan ibadat dn belajar mengenai ilmu – ilmu agama.
Seseorang imam itu haruslah menjalankan tanggungjawab beliau sebagai imam merangkap ketua di masjid, surau atau pun di institusi keagamaan tersebut. Imam itu merupakan satu jawatan yang mulia dan tinggi di sisi Allah SWT. Imam juga dipandang mulia dan dihormati oleh umat islam di dunia ini.





2.

PENDAHULUAN
‘Setiap imam adalah pemimpin dan bukan setiap pemimpin adalah imam’, ‘setiap imam adalah ulama dan bukan setiap ulama adalah imam’, dan ‘setiap imam adalah manusia tetapi bukan setiap manusia adalah imam.’ Kata-kata ini dipetik dari kenyataan Abdurrahman Haqqi di dalam petikannya mengenai imam sebagai pencipta generasi. Imam yang dilantik merupakan penggerak utama sesebuah masjid itu.
Jika seseorang imam itu bertanggungjawab terhadap masjid maka peranan masjid itu akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya berdasarkan amanah yang diberikan terhadapnya.
Apabila ada imam yang dilantik pemerintah dalam sesebuah masjid, maka dialah yang berhak menjadi imam walaupun ada orang lain yang lebih alim dan lebih tinggi martabatnya daripada imam rasmi.” (Terj. Utsman bin Hj Khalid, 171)
Ia bermakna imam dalam tulisan ini tidak termasuk imam yang berada dalam kategori masjid biasa iaitu “masjid yang didirikan oleh orang ramai, maka tiada campur tangan pemerintah dalam pelantikan imam masjid terbabit.”
Selain itu, imam juga merupakan satu jawatan yang amat penting dalam islam. Imam adalah mewarisi peranan yang dimainkan Rasulullah sepanjang hidup baginda. Imam memainkan peranan yang cukup penting bukan sahaja dalam sembahyang malah, dalam pembentukan masyarakat bertaqwa dan berdaya maju.
3.

KONSEP
Imam memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat islam antaranya ialah imam sebagai simbol penyatuan umat melalui ibadat solat berjemaah. Solat berjemaah adalah simbol bagi kesatuan umat dan simbol ketaatan umat kepada pemimpin. Menerusi solat berjemaah setiap umat Islam mengetepikan segala bentuk perbezaan yang ada dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam. Konsep ini jika diguna pakai dalam segenap aspek kehidupan masyarakat sudah tentu dapat mewujudkan masyarakat bersatu padu. Menerusi solat berjemaah juga mengajar umat Islam mengenai adab terhadap kepemimpinan seperti adab menegur kesilapan, adab menerima teguran dan adab menukar kepemimpinan.
selain itu, Imam adalah penyelamat umat daripada menanggung dosa kerana meninggalkan fardhu kifayah. Hukum solat berjemaah bagi sesebuah kariah adalah fardhu kifayah. Ia bermakna jika sekiranya tidak dilaksanakan solat berjemaah, maka keseluruhan ahli kariah akan menanggung dosa. Pada masa ini ada masjid yang gagal menghimpun ahli kariah untuk menunaikan solat secara berjemaah terutama pada waktu Zuhur, Asar dan Subuh. Sesetengah masjid hanya imam dan bilal yang datang berjemaah di masjid. Agak sukar untuk kita menyalahkan sesiapa kerana keadaan masa kini di mana tuntutan hidup yang semakin mencabar menyebabkan masyarakat semakin asyik dengan urusan seharian tanpa mempedulikan tuntutan fardu kifayah ini. Ketika inilah imam memainkan peranan cukup besar bagi menyelamatkan masyarakat daripada menanggung dosa.
                                                                                                                                                       4.
Di samping itu, imam juga berfungsi sebagai  sumber rujukan masyarakat. Mereka bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu fardu ain malah, mesti menguasai kemahiran lain seperti ilmu psikologi, kaunseling dan sebagainya. Biasanya imam menjadi pusat pengajian al-Quran bagi kanak-kanak di kampung. Imam juga boleh mengambil peluang menjadi guru ta’mir yang mengajar di masjid dan memberikan khidmat nasihat agama di masjid. Selain itu, imam boleh membuka kelas pengajian berkaitan agama dan kebudayaan Melayu seperti marhaban, berzanji, rebana, qasidah dan sebagainya. Jika usaha ini tidak dimulakan maka tidak mustahil jika suatu hari nanti ilmu ini akan pupus ditelan zaman. Selain itu, Imam juga perlu mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan urusan keduniaan seperti ilmu pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat dan sebagainya. Mereka harus boleh memberikan sedikit pandangan mengikut perspektif Islam berkenaan perkembangan semasa supaya masyarakat tidak terus keliru dengan isu semasa yang sentiasa berkembang.
Imam juga adalah penggerak kegiatan masyarakat. Baik atau buruk sesuatu masyarakat banyak bergantung kepada sejauh mana imam memainkan peranannya. Mereka mempunyai peluang sekurang-kurangnya setengah jam seminggu untuk berucap iaitu semua ahli kariah wajib mendengarnya.
Imam adalah pemimpin yang mendapat petunjuk daripada Allah. Al-Quran menyebut maksudnya: ‘Bahawasanya yang layak mentakmirkan (menyemarakkan) masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat itu) adalah diharapkan mereka termasuk dalam golongan yang mendapat
5.
petunjuk.” (Surah al-Taubah: 18)
Oleh itu, sudah sepatutnya pemerintah memerhatikan kepentingan imam dalam masyarakat. Mereka boleh secara langsung menjadi media penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kelayakan asas imam sepatutnya dipertingkat dan begitu juga taraf hidup diri dan keluarga supaya mereka dapat memusatkan perhatian dalam pembinaan masyarakat di kariahnya dan tidak mengejar masalah keduniaan. Dengan perhatian di atas, maka pemilihan imam hendaklah dibuat berdasarkan kriteria ketat terutama mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berkeupayaan, berakhlak tinggi dan personaliti baik serta menguasai kaedah komunikasi dan psikologi masyarakat yang berkesan serta menarik. Mereka sepatutnya menjadi role model di kariah, bahkan seluruh masyarakat.
Imam hendaklah mencipta generasi umat yang unggul. Contoh terbaik adalah baginda Rasulullah iaitu baginda sebagai imam di Masjid Madinah, manakala jemaahnya adalah sahabat yang kemudian menjadi pemimpin umat Islam pada semua peringkat sehingga boleh menakluk Kerajaan Timur dan Barat ketika itu. Seseorang yang dilantik sebagai imam haruslah memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.







6.
HURAIAN

Tuan Haji Abdullah bin Haji Ghazali yang dilahirkan pada tanggal 3 mac 1928 merupakan seorang tokoh imam pada tahun 80-an. Beliau merupakan seorang imam di masjid Kampung Pulau Tengah, Pendang, Kedah. Beliau menetap di Kampung Pokok Asam, Pendang, Kedah dan kini telah berpindah ke Taman Bayu, Alor Star, Kedah. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah agama pondok di Kelantan. Beliau menjawat jawatan sebagai imam lebih kurang 20 tahun. Beliau menjadi imam di masjid Kampung Pulau Tengah, Pendang,Kedah.
Beliau dilantik menjadi imam di masjid tersebut oleh ahli jawatankuasa masjid setelah beliau menamatkan pengajian beliau di sekolah agama pondok tersebut.
7.
PENGALAMAN
Sepanjang beliau menjadi imam di masjid Kampung Pulau Tengah tersebut, beliau telah melalui pelbagai pengalaman. Antara pengalaman tersebut adalah di mana masjid tersebut asal nya hanyalah sebuah surau sahaja yang dibina untuk keperluan penduduk setempat menunaikan solat dan belajar ilmu agama. Namun begitu, dengan usaha ahli jemaah surau tersebut memohon menaik tarafkan surau tersebut kepada masjid untuk kemudahan orang ramai terutama apabila waktu sembahyang jumaat. Masjid yang sedia ada terlalu jauh untuk penduduk kampung pergi dan tidak mampu menampung bilangan jemaah yang terlalu banyak. Dengan menaik taraf surau tersebut, penduduk tidak perlu risau untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang jauh lagi dan juga tidak perlu berebut tempat untuk menunaikan solat lagi. Antara kenangan manis beliau ketika menjawat jawatan di kampung ini ialah ketika majlis perasmian masjid baru yang di naiktaraf dari surau ke masjid yang telah dirasmikan oleh Raja Muda Kedah yang sudi hadir bagi merasmikan masjid baru tersebut.






8.
MASALAH DAN PENYELESAIAN
Selama tempoh Tuan Haji Abdullah ini memegang jawatan sebagai imam di masjid tersebut terdapat beberapa masalah yang dihadapi iaitu masjid tersebut tidak dikunjungi oleh penduduk kampung untuk menunaikan solat pada satu ketika dahulu kecuali pada waktu solat jumaat dan juga solat hari raya. Masjid tersebut juga dahulu hampir runtuh akibat dimakan anai-anai dan masjid itu juga telah uzur kerana telah dibina dalam tempoh yang lama. Orang ramai risau untuk mengerjakan solat di masjid itu kerana bimbang akan runtuh. Selain itu juga, berlaku beberapa masalah kecurian di masjid ini seperti kecurian wang tabung masjid yang didermakan oleh orang ramai yang menunaikan solat disitu, kecurian motosikal terutama apabila waktu solat jumaat dan juga kecurian kasut jemaah. 
Oleh sebab itu, beliau dan ahli-ahli jawatankuasa masjid tersebut telah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalh tersebut. Mereka telah bersepakat mengadakan kenduri di masjid tersebut dan menjalankan beberapa aktiviti seperti gotong-royong dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Aktiviti ini berjaya menarik minat penduduk kampung sama ada dari golongan tua dan muda untuk turut serta dalam aktiviti ini dan masyarakat kembali mengunjungi masjid untuk menunaikan solat apabila tibanya waktu solat. Selain itu, untuk mengatasi masalah masjid yang hampir runtuh tersebut, beliau dan ahli jawatankuasa masjid itu telah bersepakat untuk mengutip derma dari penduduk kampung dan memohon sumbangan dari badan-badan kebajikan dan ahli-ahli
9.
perniagaan serta korporat untuk menaik tarafkan masjid tersebut dari masjid kayu
kepada masjid batu yang lebih kukuh. Masjid tersebut kini mampu menampung 3 kali ganda jumlah jemaah dari masjid yang asal iaitu lebih kurang 600 orang jemaah pada satu-satu masa dan boleh mengatasi masalh tidak cukup ruang untuk menunaikan solat terutama pada waktu solat jumaat dan solat hari raya. Bagi mengatasi masalah kecurian yang berlaku di masjid tersebut, ahli jawatankuasa masjid yang bertanggungjawab terhadap wang tabung masjid tersebut akan menyimpan tabung tersebut di tempat yang selamat bagi mengelakkan berlakunya kecurian wang. Masalah kecurian motosikal pulak diselesaikan dengan membuat tempat meletak motosikal berkunci dimana kunci tersebut dijaga oleh jemaah yang bertanggungjawab. Motosikal boleh diambil selepas waktu solat tersebut. Rak kasut disediakan untuk para jemaah meletakkan kasut mereka dan hal ini telah membantu mengurangkan kecurian kasut para jemaah.






10.
CADANGAN
Pihak jawatankuasa masjid tersebut telah mengadakan perbincangan dengan jemaah masjid untuk member cadangan bagi mengurangkan masalah yang melanda di masjid tersebut dan cadangan bagi memperindahkan masjid dan mampu menarik minat orang ramai dan penduduk datang singgah ke masjid untuk menunaikan solat dan berehat.
Beberapa cadangan telah dikenalpasti iaitu memasang cctv di kawasan masjid tersebut bagi mengelakkan berlakunya masalah kecurian di masjid itu lagi. Cadangan ini akan diusulkan kepada pihak tertentu dalam tempoh terdekat ini.
Selain itu, cadangan untuk memasang penghawa dingin di ruang solat jemaah juga telah dikenalpasti dapat membantu jemaah untuk menunaikan solat dan menarik orang ramai singgah untuk berehat di masjid itu dengn lebih selesa. Namun begitu, cadangan ini masih dalam pertimbangan lagi.
Sewaktu temubual ini dijalankan, saya telah ember satu cadangan kepada imam ini untuk diusulkan kepada ahli jawatankuasa masjid iaitu cadangan mewujudkan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di kawasan masjid tersebut. Dengan adanya mesin ini maka orang ramai serta penduduk setempat akan singgah di masjid ini. Masjid ini akan dikunjungi oleh ramai orang yang ingin menggunakan kemudahan ini dan juga akan dapat mengelakkan masalah kecurian kerana masjid ini akan sentiasa dikunjungi orang ramai yang juga mampu menjadi mata-mata di masjid ini.  

11.

HARAPAN
Beliau sebagai seorang bekas imam amat berharap agar masjid tersebut selalu menerima kunjungan orang ramai dan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan mempelajari ilmu-ilmu agama untuk generasi tua dan muda.
Beliau juga berharap agar generasi muda dapat meneruskan usaha mengimarah kan masjid dan menjadi pelapis untuk menjadi imam pada masa akan datang dan tidak mengharapkan hanya generasi tua sahaja yang memikul tanggungjawab sebagai imam.
Beliau juga amat berharap dengan keadaan masjid pada masa sekarang yang semakin besar dan mempunyai segala kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu dapat mengimarahkan lagi masjid tersebut dan dapat menarik minat penduduk setempat serta orang luar untuk singgah menunaikan solat dan berehat.
Generasi muda pada masa sekarang haruslah belajar daripada generasi tua untuk menjadi seorang imam muda bagi mengembangkan lagi keindahan islam dan mereka dapat menarik golongan muda untuk lebih mendekati masjid dan belajar ilmu agama kerana generasi muda sekarang semakin terpesong akidah mereka.



12.
PENUTUP
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah generasi muda pada hari ini haruslah memainkan peranan yang penting untuk membimbing generasi pada masa hadapan. Mereka tidak boleh memegang kepada prinsip iaitu hanya orang tua dan sudah berumur sahaja yang harus memikul tanggungjawab sebagai seorang imam sebaliknya generasi muda dan juga tua harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk membimbing umat islam kea rah jalan yang benar.
Generasi muda pada hari ini semakin terpesong akidah mereka dan tidak hairanlah jika generasi muda pada hari ini tidak mahu berubah untuk bersama-sama memajukan islam dan menjadi contoh seorang imam yang baik maka generasi pada masa hadapan akan menjadi lebih teruk lagi akidah mereka.
Generasi pada hari ini mencerminkan generasi pada masa hadapan. Bersamalah kita memajukan umat islam.






13.
RUJUKAN
-Tuan Haji Abdullah bin Haji Ghazali
  Bekas imam masjid Kampung Pulau Tengah,
  Pendang, Kedah.
-Sumber: Berita Minggu 17 Disember 2006
-Surah At-Taubah ayat 18
-Terjemahan Ustman bin Haji Khalid,171 ,174.